Kami menyediakan rawatan perubatan moden dengan perkhidmatan profesional, mesra, dan cekap. Dapatkan rawatan segera tanpa menunggu lama.
Selamat Datang ke Klinik Dr. Bahar, Dulu Dikenali Sebagai Klinik Baharudin Shah Alam. Dengan wajah baharu, serta misi dan visi yang diperbaharui, kami berbesar hati untuk menawarkan pengalaman penjagaan kesihatan yang lebih moden dan berkualiti kepada anda.
Cawangan baharu kami direka untuk memberikan suasana yang selesa dan mesra, memastikan anda menerima rawatan perubatan terbaik. Kami juga telah melabur dalam peralatan perubatan terkini bagi menjamin diagnosis dan rawatan yang lebih tepat. Komitmen kami terhadap kesihatan dan kesejahteraan anda kekal kukuh, dengan fokus yang lebih inovatif dan berorientasikan pesakit.
Mej (B) Dr Baharudin Ismail merupakan doktor perubatan bertauliah dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam rawatan kesihatan keluarga dan perubatan am.
Kami menyediakan perkhidmatan kesihatan yang direka khas untuk memenuhi keperluan anda dan keluarga.
Kami menawarkan perawatan perubatan umum untuk semua peringkat usia dengan pendekatan yang mesra.
Ujian saringan kesihatan menyeluruh untuk mengenal pasti potensi risiko penyakit dan memantau kesihatan anda.
Perkhidmatan rundingan dalam talian yang mudah dan selamat untuk pesakit yang menghadapi halangan mobiliti.
Pengurusan komprehensif untuk penyakit jangka panjang seperti diabetes, hipertensi, dan kolesterol.
Kami memberikan sokongan kepada ibu mengandung melalui semua peringkat kehamilan untuk keselamatan anda.
Rawatan komprehensif untuk pelbagai masalah kulit, termasuk: • Jerawat • Jeragat • Ketuat (Warts) • Keloid • Skin tag • Eczema
Rawatan pantas dan tepat untuk kecemasan perubatan ringan, dengan fokus pada pemulihan segera dan keselesaan pesakit.
Pemeriksaan tumbesaran bayi, vaksinasi, dan rawatan khas untuk kesihatan anak-anak anda
Suntikan sendi canggih yang bertujuan untuk meringankan sakit dan meningkatkan mobiliti. Rawatan Kortison, asid hialuronik, dan PRP membantu mengurangkan radang dan memulihkan fungsi sendi untuk keadaan seperti osteoartritis.
ami menyediakan khatan moden untuk kanak-kanak dan dewasa dengan teknik cepat sembuh & kurang sakit. Doktor bertauliah memastikan prosedur selesa dalam persekitaran bersih
Kami menawarkan rawatan pengurusan sakit untuk masalah seperti sakit belakang, sendi, migrain, dan kecederaan. Doktor bertauliah menggunakan teknik moden bagi melegakan kesakitan dengan selamat dan berkesan
Prolotherapy adalah rawatan suntikan yang merangsang pemulihan semula jadi untuk masalah sakit sendi, kecederaan ligamen, dan sakit kronik. Ia membantu menguatkan tisu yang lemah dan mengurangkan kesakitan secara berkesan
Ujian, diagnosis, dan rawatan sulit untuk penyakit yang merebak melalui hubungan seks. Kami menyediakan pemeriksaan menyeluruh, rawatan berkessan, dan khidmat kaunseling peribadi dengan tahap kerahsiaan tertinggi.
Klik Button Whatsapp Dibawah Untuk Hubungi Kami